Kempen Internet Selamat SMK Guar Nangka

10 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Tajuk : Kempen Internet Selamat SMK Guar Nangka
Tarikh : 9 Julai 2025 (Rabu)
Masa : 2.30 - 4.00 petang
Tempat : SMK Guar Nangka, Mata Ayer, Perlis.

Penerangan Program/Aktiviti :
MCMC Negeri Perlis, dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (K.I.S) melibatkan seramai 60 orang murid Tingkatan 1 hingga 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka.

Aktiviti pengajaran menggunakan modul khas untuk pelajar sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun, yang merangkumi pendedahan tentang cara mengenal pasti maklumat sahih dan palsu, kesan jejak digital, serta isu pengantunan seksual dalam talian.

Para pelajar turut didedahkan kepada kemahiran berfikir secara kritikal dan empati dalam membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab semasa berinteraksi di Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali